Sunday, 16 December 2012

Happy Family.


I Love you, You Love me.
We are happy family ~ ~ ~


Assalammualaikum, Salam Satu Malaysia :') Hikhokk ~
Amboii, bukan main sopan santun lagi aku ni haa. Acah-acah jer lebih. Hahaha ! Nak formal ke atau biasa?
Biasa jelah yerr, takyah nak formal sangat. Bosan aku nanti : D Muehehe...
Mari saya memperkenalkan "Keluarga Bahagia Saya". Tajuk besar lagi ..

Othman B. Sabirin telah menikahi dengan Nora Bt. Zainun pada tarikh 10. Disember.1983.
Telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki..
Anak-anak mereka sangatlah comel-comel belaka. Lagi-lagi yang bongsu. Ya Allah, comelnya tak mampu diungkap dengan kata-kata. Hahaha ! *puji diri sendiri* Lalalala ~


COMEL KAN? KAN? TAK CAYA KE? PLEASE ! PERCAYA LAH : P
_________________________________________________________________________________

Nordiyana Bt. Othman.
Itulah nama diberi oleh abah aku kat kakak aku sorang ni.
Sebab apa? Aku dah lupa sebab apa abah aku letak nama tu. Mungkin kerana meminati seseorang?
Opss, jangan ! Tercetusnya propaganza nanti ! Hahaha.
Boleh dikatakan seorang yang garang. Tapi bila mood dia baik. Semua benda kita minta. 
In Shaa Allah, kakak aku tunaikan. Dia tak pernah berkira dengan kitaorang semua.
Memang seorang kakak yang baik. Sebab tu aku sayang dia sangat-sangat-sangat 



Yang kedua pulak Norlydia Bt. Othman..
Nama itu jugak abah aku berikan. Hahaha ! Iya aku tau apa yang korang fikirkan : p
Namanya abah aku dapat ilham dari penyanyi indonesia.. Lydia kebenda ntah...
Abah aku memang suka penyanyi tu. So sweet abah. Hehee
Kakak aku sempoi orangnya. Bukan jenis garang orangnya. Memang aku ada kakak yg berbeza perangai.
Seorang garang. Seorang sempoi. 
Dan aku pun sayang  akak aku sorang ni. Sangat-sangat-sangat 






Nordiyana dan Norlydia... Iya aku tau diorang comel. 
Tapi tunggu ! Ada dua orang lagi comel : D

Muhammad Naqiuddin B. Othman.
Dan nama ni jugak abah aku berikan.... Kenapa? Sebab abah aku nak nama anak lelakinya ada 'Q'
Motif? Ermm, aku lupa -.- heeeee ~ 
Merupakan hanya seorang jejaka didalam ahli keluarga kitaorang.
Seorang yang nak kata garang, rasanya tak. Nak kata sempoi, ermm entah lah.
Dia mungkin ditengah-tengah antara sifat kakak-kakak aku diatas.
Dan seorang yang SUKA MEMINJAM BARANG AKU ! huh.
Terutamanya baju aku. Seluar tak lah. Tapi baju. Kalau kasut muat, mungkin dia pinjam gak : p
p/s : aku pun suka pinjam baju dia -__- lalalala ~



Jambu kan? Awwwwwww ~ hahaha !

Dan yang terakhir ! Hikhokkkk ~ Debaran kian terasa. Omg ! Omg ! Omg ! Over lak aku ni -_-
Norsyahirah Bt.Othman...
Haaa nama ni ibu aku yang berikan selepas tiga orang diatas telah diberi oleh abah aku.
Penutup katakan. Nama mesti terbaikk !!! phuih !
Merupakan seorang yang comel, baik, pemurah, cantik, cute, bertanggungjawab.
Haish, boleh dikatakan yang baik semuanya dia lah : D
Bukan niat nak tipu, tapi itulah kebenarnya. Hahaha ! Mesti gelak besar kakak2 aku baca -_-'


HAHAHAHAHAHA ! SHUT UP !



See ! Kitaorang lagi comelkan? Yeah, kitaorang tau : D

Dan sekarang.. Semuanya dah besar :') Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing.
Dua orang kakak aku dah berkahwin.
Tinggal sekarang ni hanyalah aku ngan abang aku sorang tu.
Nak kata sunyi taklah. Sebab ibu aku jaga anak2 kakak aku no.2 tu. So, riuh lah rumah ni.
Cuma bila tengok gambar masa dulu. Sangat rindu zaman tu. Zaman aku belum remaja lagi.
Apa yang aku nak, diorang buat kan. Bila sekarang kena buat sendiri. Bosan ! Hahaha ...



Perbezaan yang sangat KETARA ! Hahahahahahahahaahha ! Kbye.