Sunday, 6 January 2013

Azanuddin.


Bertemu dan perpisahan adat manusia biasa.
Hilang dimata tapi dihati ku tak lupa.
Berdoalah kita agar aman dan sentosa, semoga panjang umur kita berjumpa lagi. 
Jika salah dan silap harap dimaafkan, moga berkat aman dapat diabadikan.
Segala kenangan tidak akan dilupakan, tersimpul erat dalam ingatan berkekalan...


- Mohammad Azanuddin B. Ibrahim (1996-2013)-

Azan, dah tiba waktunya kau pergi meninggalkan kitaorang. Kau pergi dengan memberi kitaorang banyak kenangan yang tak terhingga. Pada aku pun sama. Even kau junior aku tapi kita berkawan macam umur sebaya : ) Hahaha it's okay Azan. Kita kenal secara tak sengaja. Berkenalan masa pemilihan handball.
Masa first pandangan aku, aku tak suka kau. Bajet hebat jer. Tapi sebenarnya aku cemburu tengok kau hebat main handball. So, aku cabar diri aku utk hebat macam kau : ) After habis semua pemilihan, aku terpilih dan kau terpilih. Maknanya kita terpaksa bekerjasama utk bangkitkan nama sekolah.

Lama-lama aku kenal kau then baru aku tau kau orangnya yang macam mana. Suka mengusik, suka bergurau, suka bising, suka kacau elly, suka cakap pelat 'R' Hahaha. Well, itu yang aku rindu sebenarnya dari kau. Aku masih ingat lagi, kaki aku cram dan kau yang cuba redakan. Bagi hilang cram kaki aku tu. Bukan sekali kau tolong. Tapi setiap kali kaki aku cram mesti kau yang urutkan. Rasa kesian sebab kau kena pegang kaki aku yang 'lawa' tu. Haha tapi kau tak kisah. Oh yes, aku rindu kau : (

Then, aku takder kasut handball. Sedangkan kalau nak main handball kena ada kasut bola. Sebab main dekat padang. Dengan hati mulia kau tu, kau kasi aku pinjam : ) Haha saiz kaki kita sama Azan. Aku cerewet dekat kau. Macam-macam aku bebel, kasut tak lawa lah, kecil lah, buruk lah, warna kusam lah.
But yeah, kau senyum jer. Kau tak cakap apa-apa. Apa yang penting pada kau, kaki aku sesuai pakai utk handball nanti. Azan, sesungguhnya kau memang manusia yang baik : D

Tapi lepas jer game handball, kita terpisah. Iyalah, aku sibuk ngan SPM confirm sibuk. Berikan tumpuan utk pelajaran. Tapi bila jumpa kau, aku mesti segan. Aku tak tahu kenapa *bukan sebab ada perasaan terhadap arwah* tapi kau layan aku baik tapi aku layan kau dingin. Dekat bbm pun sama, aku selalu marah kau sebab aku kata jangan ganggu aku, tapi kau tetap ganggu aku. Degil budak ni. Degil yang amat ! Haha, tapi aku tak sangka yang kali terakhir kita berjumpa adalah masa kau datang rumah aku sempena hari raya. Seriously, kau tunggu lama dengan awek kau ngan elly. Kesian.. padahal korang datang awal tapi makan lambat. Setiap kali aku lalu depan kau, setiap kali tulah kau usik aku. Itu lah , ini lah . Ada jer benda tak kena. Ish ! Hahaha well itu memang sifat kau : ) Dan itu lah kenangan antara kau dan aku.
Semuanya masih terpahat di dalam ingatan aku. Sekali pun takkan luntur walaupun guna clorox sekali pun.
*Dalam sedih pun aku nak buat kelakar yang tak seberapa kelakar tu -.-*

Muhammad Azanuddin, semoga dirimu ditempatkan kalangan orang yang beriman. Semoga dirimu tenang abadi disana. Sudah sampai saat mu untuk berjumpa kekasih abadi disana. Akan tibanya nanti, masa kami pulak yang ke sana. Ajal maut itu adalah pasti. Jangan dirimu risau akan kami semua. Kami akan sentiasa mendoakan dirimu. Sesungguhnya dirimu adalah sahabat yang terindah untuk kami semua ...

"Wahai Allah, ampunilah Muhammad Azanuddin, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. Aamiin"