Thursday, 10 January 2013

School.



-Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri (2002-2007)-


-Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 (2008-2012)-

Iya, aku mengaku yang aku amat rindu nak sekolah :'( Rindu kesemuanya.
-Aku rindu nak jumpa kawan-kawan then bersembang benda yang sangat merepek.
-Aku rindu nak rehat kat kantin dan menu makanan yang sama setiap minggu.
-Aku rindu nak tidur kat tapak perhimpunan masa Puan Sri membebel ntah apa apa. Ish teruk !
-Aku rindu nak merayau satu sekolah. Maklumlah, bakal YB katanya.
-Aku rindu nak turun pergi kantin masa belajar. Orang belajar dalam kelas, aku turun beli makanan -_-
-Aku rindu nak tengok perangai hadek hadek yang menggedik bila tengok abang senior.
-Aku rindu nak masuk bilik guru sebab sejuk dengan aircord. 
-Aku rindu nak dengar cikgu mengutuk anak-anak murid dalam kelas then bandingkan kitaorang.
-Aku rindu nak bawa sardin roll dan budak lelaki dalam kelas yang habiskan. Takper, kongsi : )
-Dan aku paling rindu nak bertemu dengan budak-budak kelas aku. Rindu sesangat.

Masing-masing sekarang ni dah busy nak bertemu. Dah agak dah benda ni terjadi sebab sebelum habis sekolah lagi cikgu dah cakap benda ni. Yeah, betul apa yang cikgu cakapkan .... Nak buat macam mana, itulah adatnya selepas habis sekolah. Itulah, sebelum habis sekolah tergedik-gedik nak habis sekolah. Bila dah habis baru rindu nak sekolah. Hamikkk ! Sebiji kena kat muka aku -.- Adatlah manusia, bila dah takder sesuatu benda tu baru nak rindu. Haih.


Agaknya lah kan. Dah matang tak muka aku ni ? Kihkihkih .

p/s : tak sabarnyew nak tungguw besdaw sayewww ~ eeuewww .